Rezeki
Melalui Perkahwinan
Assalamualaikum..........
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga
merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu
sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang
yang melakukannya. Sabda Baginda yang
bermaksud: Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia
bukan dari kalanganku.(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi
perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di
antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki
rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil
iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita
jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada
suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini
mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar
terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus
menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira
dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap,
akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah
sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan
nasibnya,
Ya
Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang
harus aku lakukan wahai Rasulullah?.
Kahwin
lagi,jawab Rasulullah singkat.
Si
lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW
sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki
itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu
datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : Wahai Rasulullah,
isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya
Rasulullah...?keluh lelaki itu.
Kahwin
lagi,jawab Rasulullah singkat.
Hati
lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau
berkahwin buat kali ketiga. Namun
setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu
untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan
berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. Wahai
Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku
tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? , adu lelaki itu.
Berkahwinlah
lagi,kata Rasulullah.
Akhirnya
si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan
kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga
madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga
lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Carilah rezeki dengan menikah(Riwayat Ibnu
Abbas)
Firman
Allah SWT yang bermaksud: Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara
kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang
lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi
Maha Mengetahui. (Surah an-Nur : 32)
Dengan
mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita
ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala
gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. Dilema Suami dalam Memartabatkan
Institusi Kekeluargaan Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan
harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan
kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri
kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan
rumahtangga tersebut menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga
dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan
dalam jiwa. Untuk itu pihak Darul Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini
sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami paparkan ini merupakan pertanyaan
yang dilontarkan kepada pihak kami dalam internet. Kemudian panel kami
menjawabnya dengan menggunakan pendekatan agama dan psikologi. Dari jawapan itu
kami merasa tertarik untuk menyampaikan perkara ini kepada kita semua.
Soalan: Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu
fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah
mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui
perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka
lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya
apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki
tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya
dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan
sakit tapi dalam keadaan normal.
Apakah
hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan
mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita
ataupun bidan? Daripada, Keluarga Muslim K. L.
Jawapan
Penjelasan: Pada diri wanita ada
ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki,
begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang
telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat
insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang
dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut
dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak
ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Syariat Darurat Secara syariat, wanita
muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana
jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik
lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan
berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak
mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki
ataupun wanita yang normal. Wanita
mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah
tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam
keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa
ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita
tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak
ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu
yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan
daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun
makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan
yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut
sekadar mengelakkan dari mati. Pemeriksaan Bulanan Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan
bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau
alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam.
Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di
hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri
dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika
hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan
bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara
ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan
bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan,
di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan
perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai
istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak
terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya. Aspek
Psikologi Ditinjau dari aspek psikologi
pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki
ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan.
Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh
suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi
tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan
tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka
menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya
macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya
sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal
ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap
pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan
ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang
normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah
yang dinamakan syahwat. Jika perkara ini
terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita
yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut.
Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan
Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam
sahaja. Menggerakkan Nafsu Syahwat Saya
ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya
perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor
wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki
yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika
ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada
yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga
halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali
dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang
doktor. Keretakan Rumahtangga
Fahamilah
tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan
muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan
akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh
umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi
rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama
dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan
bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.
No comments:
Post a Comment